LINK TEXT ADS HERE

Trend Demam Denggi Di 5 Negeri Mulai Menurun

Tuesday, August 26, 2014


KUALA LUMPUR – Trend demam denggi di Selangor, Kelantan, Putrajaya dan di sini mulai menurun bulan ini dan Kementerian Kesihatan mensasarkan kawalan wabak itu dapat diselesaikan dalam tempoh dua bulan.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata sebelum ini keempat-empat negeri dan wilayah itu menunjukkan kadar kes yang tinggi bagi tempoh Jun dan Julai.

Bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Kesihatan Mental Kuala Lumpur kali ke-9 di sini hari ini, beliau bagaimanapun tidak dapat memberikan butiran lanjut mengenai kadar penurunan itu serta jumlah kes yang tinggi bagi Jun dan Julai di keempat-empat negeri dan wilayah tersebut.

Dalam perkembangan lain, Noor Hisham turut mengingatkan jemaah haji Malaysia musim ini untuk meningkatkan penjagaan kebersihan dan mengelak daripada bersentuhan secara langsung dengan individu yang tidak sihat atau haiwan semasa di tanah suci bagi mengelak dijangkiti Virus Ebola (EVD).

"Kita mengingatkan jemaah supaya meningkatkan penjagaan kebersihan, contohnya jika demam sediakan perlindungan seperti topeng pernafasan atau ada sesetengah yang ke tanah suci mereka pergi melawat unta dan sebagainya, jadi elakkan sentuhan langsung," katanya. – BERNAMA

Siakap Keli 26 Aug, 2014

Teruskan Membaca----->

Polis Rampas Pil Kuda Bernilai Hampir RM1 Juta


KOTA BAHARU – Polis berjaya membanteras sindiket pengedaran dadah yang dikenali sebagai 'sindiket kuning' berikutan rampasan sejumlah pil kuda jenis 'yaba' yang dianggarkan mencecah hampir RM1 juta, dua hari lepas.

Ketua Polis Kelantan Datuk Mazlan Lazim berkata dalam tiga serbuan hampir serentak kira-kira 3 petang itu, pasukan itu juga menahan empat lelaki, seorang perempuan dan seorang kanak-kanak berumur dua tahun.

"Sebanyak 39,817 biji pil yaba yang dianggarkan seberat 4.3 kilogram telah dirampas daripada sindiket itu dengan nilai keseluruhan mencecah RM1 juta.

"Kesemua yang ditahan itu berumur antara 24 hingga 34 tahun dalam tiga serbuan serta turut merampas sejumlah wang tunai bernilai RM509,623 termasuk matawang Baht (Thailand)," katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini, hari ini.

Mazlan berkata rampasan dan tangkapan itu adalah operasi bersama pasukan STING (Special Tactikal Intelligence Narcotics Group) Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Kelantan.

Katanya, dalam rampasan pertama itu polis menahan dua lelaki dan seorang wanita yang merupakan salah seorang isteri suspek bersama seorang kanak kanak lelaki di kawasan meletak kenderaan di sebuah pusat membeli belah di bandar ini.

"Di situ, kita merampas keseluruhan dadah berkenaan yang diletak dalam sebuah beg di dalam sebuah kenderaan," katanya.

Beliau berkata pada masa yang hampir sama, polis menahan seorang lelaki di Ketereh dan seorang lagi lelaki di Bunut Susu serta merampas semua wang tunai berkenaan termasuk barangan kemas dan beberapa buah kenderaan.

Katanya, sindiket berkenaan aktif menjalankan kegiatan itu sejak awal tahun dan dadah berkenaan dipercayai dibawa masuk dari Thailand.

"Salah seorang lelaki yang ditahan itu dipercayai ketua kumpulan berkenaan dengan salah seorang daripada mereka turut positif dadah," katanya.

Kesemua tahanan direman sejak dua hari lalu sehingga Sabtu dan akan dituduh mengikut Seksyen 39(B) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatorim jika sabit kesalahan.

Menurutnya polis juga sedang menyiasat sama ada terdapat saki baki kumpulan itu yang lazimnya menggunakan kenderaan kuning. – BERNAMA

Siakap Keli 26 Aug, 2014

Teruskan Membaca----->

Khalid Ibrahim Menghadap Sultan Selangor


SHAH ALAM – Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dilihat memasuki pekarangan Istana Bukit Kayangan tepat jam 2.20 petang ini untuk menghadap Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Kenderaan yang membawa baginda dilihat tiba lima minit lebih awal sebelum Abdul Khalid.

Sementara wakil media sudah berkampung sejak jam 12 tengah hari tadi lagi di pintu pagar utama istana bagi membuat liputan kemelut politik jawatan menteri besar di negeri ini.

Sementara itu, sidang media menteri besar yang dijadualkan jam 4 petang di Bilik Gerakan Negeri, Tingkat 22, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (SSAAS) ditangguhkan ke 5.30 petang ini. - Sinar Harian Online

Siakap Keli 26 Aug, 2014

Teruskan Membaca----->

Laporan Psikiatrik Rizalman Sudah Siap – Panglima ATM


Penilaian psikiatrik terhadap bekas atase tentera Muhammad Rizalman Ismail telahpun siap, kata Panglima Angkatan Tentera, Jen Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin hari ini.

Mengenai bila dia akan dihantar ke New Zealand, Zulkifeli berkata ia bergantung kepada Wisma Putra dan Jabatan Peguam Negara, dan kedua-dua negara (Malaysia dan New Zealand).

Ada prosedur tertentu yang perlu diikuti, katanya kepada pemberita ketika ditanya mengenai status proses ekstradisi Rizalman.

Rizalman menghadapi tuduhan pecah rumah dan menyerang dengan niat merogol terhadap seorang wanita New Zealand, Tania Billingsley, pada 9 Mei.

Pada masa itu, Rizalman merupakan atase tentera di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington.

Siakap Keli 26 Aug, 2014

Teruskan Membaca----->

6,400 OKU Bekerja & Berdaftar Nikmati Elaun Pekerja Cacat


KUALA LUMPUR – Seramai 6,400 Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima Elaun Pekerja Cacat (EPC) sebanyak RM300 sebulan, setakat Jun lalu.

Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem berkata elaun yang diberi kepada OKU berpendapatan kurang RM1,200 sebulan itu bertujuan menarik minat golongan itu untuk bekerja.

"Selain itu, OKU yang bekerja juga layak mendapat pelepasan cukai sebanyak RM15,000," katanya pada perasmian Seminar Sokongan Pekerjaan Untuk OKU di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Ketua Setiausaha (Dasar dan Antarabangsa) Kementerian Sumber Manusia, Mohd Sahar Darusman.

Menurut Riot, program lain yang dilaksanakan untuk OKU termasuk Skim Bantuan Galakan Perniagaan OKU (SBGP-OKU) dan Sistem Penggajian OKU (SPOKU).

"Sepanjang pelaksanaan SBGP-OKU sejak 2007, ia telah membantu 850 usahawan OKU dan 714 OKU lain telah digajikan di bawah mereka.

"Bagi program SPOKU pula, sejak 2005 hingga kini terdapat 8,053 OKU dan 2,329 majikan telah berdaftar, dengan 3,445 jawatan kosong telah ditawarkan," kata Riot.

Menurutnya, kini terdapat kira-kira 250,000 OKU berumur antara 15 hingga 64 tahun mewakili 0.83 peratus daripada populasi penduduk di negara ini.

Katanya, kerajaan menyediakan 25 faedah yang boleh dinikmati golongan OKU berdaftar meliputi akses kepada kesihatan, bantuan pendidikan, kemudahan pengangkutan awam dan peluang pekerjaan. – BERNAMA

Siakap Keli 26 Aug, 2014

Teruskan Membaca----->

Lelaki Mengamuk Maut Ditembak Di Sabah


Tawau – Seorang lelaki dipercayai kurang siuman mati ditembak selepas mengamuk sehingga seorang anggota polis cedera ditetak lelaki berkenaan dalam kejadian di Kampung Andrassy, di sini, hari ini.

Dalam kejadian jam 11.10 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai mati di lokasi kejadian selepas terkena tembakan.

Sebelum itu, suspek dikatakan tiba-tiba mengamuk sehingga menyebabkan pekerja di ladang sawit berhampiran kampung itu menghubungi polis.

Sepasukan polis yang tiba di lokasi cuba menenangkan keadaan sebelum suspek menyerang mereka dan melibas seorang anggota menggunakan sabit sehingga cedera di lengan kanan.

Mangsa kini menerima rawatan di Hospital Besar Tawau dan dilaporkan stabil.

Ketua Polis Daerah Tawau Asisten Komisioner Awang Besar Dullah ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan. – myMetro Online

Siakap Keli 26 Aug, 2014

Teruskan Membaca----->
 

Like Our Facebook

Popular Posts