LINK TEXT ADS HERE

Gempar! 150 rumah jadi abu!

Sunday, June 29, 2014

Sebanyak 150 rumah setinggan dan rumah kedai musnah dalam kejadian kebakaran di Jalan Masjid Raya, Kampung Pangkalan, di sini, awal pagi tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, semua penghuni gagal menyelamatkan rumah mereka apabila api merebak dengan pantas berikutan jarak rumah yang terlalu dekat. 

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Daerah Kunak Jaafar Salleh, ‎pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.48 pagi dan seramai 12 anggota bersama tiga jentera dikejar ke lokasi kejadian. 

Gempar! 150 rumah jadi abu!

"Setibanya di lokasi, kebakaran hanya membabitkan dua rumah namun api merebak dengan pantas berikutan keadaan jarak rumah yang terlalu dekat.

"Pihak bomba sukar mengawal kebakaran dan ia hanya berjaya dikawal selepas hampir empat jam kemudian‎," katanya ketika dihubungi, sebentar tadi.

Jaafar berkata, pihaknya berjaya memadamkan api sepenuhnya pada jam 7.59 pagi. 

"Tiada sebarang kejadian membabitkan kemalangan jiwa dan punca kebakaran serta anggaran kerugian masih dalam siasatan pihak bomba," katanya.

ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts