LINK TEXT ADS HERE

Kesian. Zizan Razak Dituduh Seleweng Duit WFE

Thursday, June 26, 2014

Zizan Razak Dituduh Seleweng Duit WFE oleh Pengarah Urusan Wirefame Entertainment Sdn Bhd (WFE), Marina Juki, dan hari ini meminta rakan kongsinya aktor Zizan Razak agar mengemukakan bukti jika benar ada berlaku penyelewengan di dalam syarikat sebagaimana desas-desus yang berlegar.

"Saya ada mendengar daripada sumber tertentu berhubung dakwaan Zizan kononnya saya menyalah gunakan wang syarikat. Jika benar ia berlaku, saya minta Zizan kemukakan bukti dan berjumpa dengan saya serta pihak auditor untuk membincangkan hal ini secara terperinci agar ia dapat diselesaikan secara baik," katanya.

Kesian. Zizan Razak Dituduh Seleweng Duit WFE

Marina yang ditemui pada sidang media tergempar berhubung permasalahan dalaman WFE yang diadakan di Holiday Villa, Subang Jaya, petang ini, mempertahankan tindakannya mengadakan majlis berkenaan untuk membersihkan namanya selain menjelaskan beberapa isu berbangkit.

Ini kerana, sejak hubungan mereka tegang Februari lalu, satu demi satu gosip kurang manis muncul dan ia bagaikan tergantung tanpa seberang penyelesaian. Kata Marina menerusi Mstar Online:-
Dua akaun syarikat telah pun dibekukan sejak 4 Jun lalu dan ianya adalah atas arahan Zizan sendiri tanpa sebarang persetujuan daripada saya.
Perkara ini membuatkan Johan As’ari dan Kaka yang bernaung di bawah syarikat ini terpaksa membuat laporan polis di Balai Polis USJ8 Subang Jaya berhubung bayaran mereka yang tersangkut.
Kami berharap agar kenyataan ini dapat menjawab segala isu yang timbul dan kami juga berharap agar Zizan akan meluangkan sedikit masa bersama kami untuk menyelesaikan kemelut ini secara baik dan profesional.
Saya telah dimaklumkan bahawa tiada sebarang penyelewengan telah berlaku dalam syarikat sama ada daripada pihak saya mahupun Zizan.
Saya tak faham kenapa dia menuduh saya berbuat demikian sampai membekukan akaun syarikat tanpa persetujuan saya.
Diharap dia dapat bersemuka dengan saya dan tunjukkan bukti bahawa saya menyeleweng wang syarikat itu".

Antara tiga perkara utama yang dibangkitkan adalah pertuduhan mengenai penyalahgunaan wang dan pengurusan syarikat, pembekuan akaun syarikat dan juga bagi membersihkan nama syarikat Wirefame Entertainment.

ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts