LINK TEXT ADS HERE

Sazali Samad Yakin Juara Mr. Asia and Mr Universe

Tuesday, June 24, 2014


Sazali Samad Yakin Juara Mr. Asia and Mr Universe bagi tahun 2014 yang masing-masing berlangsung di Macau, pada Jun ini dan India pada November.


Subinspektor berusia 47 tahun itu mengakui cabaran dalam pertandingan berkenaan dijangka sengit walaupun beliau adalah jaguh bagi kedua-dua kejohanan.

Sazali, yang juga Olahragawan Kebangsaan 2013, berkata kehadiran beberapa pelapis baharu dari beberapa negara pencabar seperti Iran dijangka mampu menggugat peluangnya untuk meraih kejuaraan.

Sazali Samad Yakin Juara Mr. Asia and Mr Universe

"Jadi, untuk menandingi mereka, saya harus mempraktikkan segala ilmu yang pernah diajar oleh (bekas) jurulatih saya dari Amerika Syarikat (Milos Sarcev)," katanya kepada Bernama selepas menjadi tetamu program bual bicara 'Dalam Radar' terbitan Radio 24 di Wisma Bernama, Selasa.

Sazali berkata bersempena kehadiran Ramadan dalam tempoh terdekat, beliau akan mengurangkan rutin harian daripada latihan dua sesi kepada satu sahaja.

"Untuk bulan puasa ini, latihan saya hanya tertumpu pada waktu pagi manakala pada sebelah petang, saya akan merehatkan diri memandangkan badan sudah kekurangan air serta tenaga, dan pada waktu malam, saya akan menunaikan solat Tarawih yang merupakan senaman.


"Latihan itu akan lebih diberikan penekanan terhadap aspek terapi diri bagi memulihkan otot-otot badan supaya kekal aktif dan ia seperti biasa dijalankan di gimnasium Majlis Sukan Negara atau di Bukit Aman," 


Untuk rekod, Sazali memenangi kejuaraan Mr Universe sebanyak sembilan kali iaitu pada tahun 2000, 2004, 2006, 2007, 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013 serta lapan kali gelaran Mr Asia bermula 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010 dan 2012.
Kami mengamalkan Sharing is Caring! Kongsikan Kepada Yang Belum Tahu.

ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts