LINK TEXT ADS HERE

Ibu Bekas MP Pakai Barang Kemas RM40K Disamun

Sunday, August 10, 2014

Gambar hiasan

MACHANG — Ibu bekas Anggota Parlimen Machang Datuk Sazmi Miah, Khadijah Abdul Rahman, 83, cedera ringan dalam satu kejadian samun selepas dilarikan empat lelaki tengah hari tadi.

Sazmi berkata ibunya cedera di hidung dan kepala dipercayai ditumbuk lelaki yang melarikan mangsa dengan sebuah kereta dalam kejadian pukul 12.30 tengah hari itu.

"Ketika kejadian, ibu saya berada di rumah dan secara tiba-tiba, didatangi  seorang lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan," kata Sazmi ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Judah di sini. 
    
Beliau berkata lelaki itu kemudian mengheret ibunya ke dalam sebuah kereta yang menunggu bersama-sama tiga lelaki lain tidak jauh dari situ dan melarikan mangsa ke arah Pasir Puteh.

"Setibanya di Kampung Chenggal Pulas bersempadan dengan Machang-Pasir Puteh, ibu saya ditinggalkan di situ dan terpaksa menumpang sebuah lori untuk pulang ke rumah," katanya.  
    
Sazmi berkata barangan kemas yang dipakai ibunya seperti cincin dan loket bernilai antara RM30,000 dan RM40,000 disamun kumpulan itu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Machang ASP Loo Lian Lay mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan polis sedang menjalankan siasatan lanjut. — BERNAMA

Siakap Keli 10 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts