LINK TEXT ADS HERE

Lelaki Ditahan Bersama Sebuah Jengkaut Curi

Monday, August 25, 2014


KUCHING – Satu pasukan tentera yang meronda di pos kawalan sempadan di Serikin, sekitar 50 kilometer dari sini, menahan seorang lelaki dan merampas sebuah jentera jengkaut kira-kira lapan jam selepas jentera itu dilaporkan dicuri, semalam.

Markas Pemerintahan Wilayah Timur dalam kenyataan hari ini berkata, lelaki berumur 33 tahun itu ditahan oleh pasukan daripada Kompeni B, batalion ke-11 Rejimen Askar Melayu Diraja yang diketuai Kapten Shafuddin Ismail semasa membuat rondaan.

Menurutnya, lelaki bersama jentera jengkaut yang dianggar bernilai RM250,000 itu ditahan pada 4 petang semalam, kira-kira 500 meter dari pos kawalan, dan siasatan mendapati jentera itu dilaporkan dicuri di kawasan Batu Kawa, di sini pada 8.15 pagi.

"Suspek bersama jentera itu diserahkan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Bau untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan yang disebarkan kepada media menerusi perkhidmatan WhatsApp itu. – BERNAMA

Siakap Keli 26 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts