LINK TEXT ADS HERE

Wanita Biar Suami Reput Di Rumah

Sunday, August 10, 2014


Lafayette (AS) – Seorang balu membiarkan mayat suaminya reput di rumah mereka selama sembilan bulan kerana mendakwa suaminya mahukan mayatnya diperlakukan begitu supaya ia dimakan burung.

Ila Solomon, 54, berdepan tindakan undang-undang selepas mayat suaminya, Gerald Gavan, 88, ditemui di rumah mereka Mei lalu.

Dia baru-baru ini membawa kru berita ke rumah berkenaan dan menunjukkan tempat veteran Perang Dunia Kedua itu mati.

"Saya percaya seseorang yang berkhidmat begitu banyak untuk Amerika Syarikat (AS) perlu menjalani kematian yang diingininya. Dia hanya mahu mayatnya dimakan burung sebagai sebahagian daripada kitaran kehidupan. "Pelan alternatif ialah membiarkan mayatnya di luar supaya burung memakannya di situ. Tetapi, saya tidak melakukan demikian, sebaliknya, membiarkan saja mayatnya di tempat dia mati," kata Ila.

Menurutnya, dia membiarkan saja pintu rumahnya terbuka dengan harapan burung masuk dan memakan mayat suaminya.

Ila mendakwa mayat itu baru saja disimpan selama lima hari, namun koroner Jabatan Polis Lafayette berkata, ia mungkin sudah disimpan sembilan bulan. Bagaimanapun, punca kematian masih tidak diketahui.

Ila didakwa mengambil wang bantuan suaminya selepas kematian lelaki itu.

Satu wasiat yang kononnya ditulis Gavan meminta mayatnya dimakan burung di India. – Agensi

Siakap Keli 11 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts