LINK TEXT ADS HERE

Ahmad Shabery Turun Padang Edar Jalur Gemilang

Friday, August 15, 2014


KUALA LUMPUR – Dalam usaha mempertingkat semangat patriotik dalam kalangan rakyat bersempena sambutan bulan kemerdekaan 2014, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek hari ini turun padang untuk mengedarkan Jalur Gemilang di sini.

Dalam acara bersempena sambutan kemerdekaan ke-57 berhampiran sebuah pusat beli-belah di Jalan Tuanku Abdul Rahman itu, beliau mengedarkan Jalur Gemilang kepada orang ramai dan premis perniagaan selain melekatkannya pada badan deretan teksi yang menunggu pelanggan.

Beliau turut memacak bendera kebangsaan itu di depan kompleks beli-belah yang terletak di kawasan tarikan pengunjung rakyat tempatan dan warga asing berkenaan.

"Memasang bendera di kediaman dan premis perniagaan masing-masing merupakan manifestasi paling mudah untuk menunjukkan kebanggaan dan rasa cinta kita kepada negara," katanya kepada pemberita.

Aktiviti lain bersempena program itu ialah nyanyian lagu patriotik oleh kumpulan penghibur jalanan. – BERNAMA

Siakap Keli 15 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts