LINK TEXT ADS HERE

Ayah Dato` Jalaluddin Hassan Di Masukkkan Ke IJN

Friday, August 15, 2014


Ayah kepada pelakon terkenal Dato` Jalaluddin Hassan, 60, atau lebih dikenali sebagai Tan Sri Hassan Azhari, 86, dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 7 Ogos lalu selepas mengadu sakit dada dan sukar bernafas.

Menurut Dato` Jalaluddin, doktor di IJN menjelaskan ayahnya perlu menjalani pembedahan, bagaimanapun tidak dapat dilakukan dalam waktu terdekat kerana tekanan darah dalam badan ayahnya di tahap rendah.

"Doktor menyuruh ayah saya berehat dahulu di IJN, buat masa sekarang saya sendiri belum pasti tarikh yang sesuai untuk ayah saya menjalani pembedahan kerana doktor masih lagi membuat pemeriksaan yang selanjutnya, " katanya dihubungi Murai.

Dalam pada itu, Dato` Jalaluddin berkata walaupun ayahnya kurang sihat tetapi beliau ceria dan sentiasa melayani tetamu yang datang serta berbual mesra.

"Tetamu yang datang tidak putus-putus melawat ayah saya, namun saya nasihatkan agar lebihkan rehat tetapi itulah ayah saya, seorang yang peramah dan melayan tetamu dengan baik sekali," ujarnya. – Murai

Siakap Keli 15 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts