LINK TEXT ADS HERE

DUN Kelantan Umum Kekosongan Kerusi DUN Pengkalan Kubor

Saturday, August 23, 2014


KOTA BHARU – Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hari ini mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor berikutan kematian penyandangnya, Datuk Noor Zahidi Omar, minggu lalu, di China, akibat barah hati.

Speaker DUN, Datuk Abdullah Ya'kub, berkata pengumuman itu dilakukan selepas DUN negeri menerima surat rasmi kematian Allahyarham, pagi ini.

"DUN Kelantan terima surat rasmi dari Badan Perhubungan UMNO Kelantan yang menghantar surat kematian Allahyarham Noor Zahidi.

"Dengan penerimaan surat ini, saya dengan rasmi mengumumkan kekosongan kerusi DUN Pengkalan Kubor (N01)," katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darulnaim, di sini, sebentar tadi.

Katanya, satu surat rasmi dari pejabat DUN Kelantan akan dihantar ke Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan kekosongan kerusi berkenaan. – BH Online

Siakap Keli 24 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts