KUALA LUMPUR – Empat individu dikhuatiri hilang semasa menjalankan aktiviti riadah di Bukit Wawasan, Puchong malam tadi.
Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Puchong Sehat Bedol berkata mereka dilapor hilang pada kira-kira 9 malam.
"Kesemua mereka gagal dikesan dan usaha mencari masih dijalankan," kata Sehat, yang juga komander operasi mencari dan menyelamat bagi kes itu, ketika dihubungi Bernama.
Beliau berkata usaha mencari membabitkan tujuh anggota dari Balai Bomba Puchong. – BERNAMA
Siakap Keli 16 Aug, 2014
ADS BELOW POST HERE
Share :

No comments:
Post a Comment