LINK TEXT ADS HERE

EPL: Man City Ikat Mangala Dengan Nilai RM160j

Monday, August 11, 2014


MANCHESTER – Gergasi liga Inggeris, Manchester City sudah menandatangani pemain pertahanan, Eliaquim Mangala dari Porto dengan yuran perpindahan difahamkan sekitar £32 juta (RM160 juta).

Pemain Perancis berusia 23 tahun itu yang hampir menyertai City pada Januari diikat di Etihad selama lima tahun. Pengurus City, Manuel Pellegrini berkata: "Dia memiliki segala aspek – mental, fizikal, teknik serta kemampuan taktikal untuk muncul antara pemain pertahanan terbaik di Eropah.

Dia menambah: "Eliaquim seorang pemain yang saya percaya akan memberi impak segera kepada Liga perdana Inggeris. Ini berpandu kepada bentuk fizikalnya serta sifat bijak membaca permainan dan ada kualiti dalam sentuhan bola.

"Saya percaya dia akan membuktikan pembelian itu berbaloi." – BBC Sport

Siakap Keli 12 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts