LINK TEXT ADS HERE

Fius Terbakar Punca Kereta Api Bukit Bendera Tergendala

Saturday, August 23, 2014


GEORGE TOWN – Fius punca bekalan elektrik utama terbakar akibat disambar petir malam Jumaat menyebabkan pergerakan kereta api Bukit Bendera tergendala seketika sehingga pagi Sabtu.

Pengurus Besar Perbadanan Bukit Bendera Dr Lawrence Khoo berkata berlaku kerosakan yang agak serius pada bahagian berkenaan menyebabkan bekalan tenaga elektrik tidak dapat disalur kepada koc kereta api furnikular itu.

"Beberapa kabel power line yang menghubungkan sistem bekalan tenaga juga dikesan terbakar pada 7.30 pagi tadi, namun kerosakan berjaya dibaiki sepenuhnya 9.30 pagi ini (Sabtu)," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata masalah itu di luar jangkaan dan tiada penumpang terlibat kerana operasi kereta api belum dimulakan sehingga keadaan dipastikan selamat.

Khoo berkata hujan lebat disusuli kilat petir melanda bandar ini antara 10 malam hingga 11 malam tadi turut menyebabkan berlaku gangguan elektrik di beberapa buah rumah sekitar Bukit Bendera. – BERNAMA

Roti Tisu 23 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts