LINK TEXT ADS HERE

GST Tetap Akan Dilaksana Mulai 1 April 2015 – Ahmad Maslan

Wednesday, August 13, 2014


KOTA KINABALU – Kerajaan tidak berganjak dengan keputusan untuk melaksanakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) mulai 1 April tahun depan.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan, berkata GST tidak akan ditangguhkan kerana semua prosedur untuk melaksanakannya sudah ditetapkan.

"Kita minta semua pihak tidak beranggapan bahawa kerajaan akan menangguhkan GST.

"Aktanya sudah diluluskan dan kita ada jangka masa bila ia dilaksanakan, jadi tiada alasan untuk tidak mematuhinya.

"Semua pihak yang terbabit dalam GST perlu mematuhi tarikh akhir pendaftaran dan jika gagal tindakan boleh diambil," katanya kepada media selepas menyampaikan taklimat GST kepada kakitangan awam persekutuan Sabah, di sini, sebentar tadi. – Berita Harian

Salor Bedazled 14 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts