LINK TEXT ADS HERE

Hanya Bukit Rambai Rekod IPU Sederhana

Friday, August 15, 2014


KUALA LUMPUR – Kualiti udara di kebanyakan kawasan seluruh negara dilaporkan baik pagi ini, kecuali Bukit Rambai, Melaka yang merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) sederhana.

Menurut laman sesawang Jabatan Alam Sekitar (JAS), kawasan itu mencatat bacaan 52, setakat 9 pagi ini.

Bacaan IPU antara 0 hingga 50 dikategorikan sebagai baik; 51 hingga 100 sederhana; 101 hingga 200 tidak sihat; 201 hingga 300 sangat tidak sihat dan 301 ke atas tahap berbahaya.

Orang ramai boleh merujuk laman web JAS di http://www.doe.gov.my untuk mengetahui bacaan IPU semasa. – BERNAMA

Salor Bedazled 16 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts