LINK TEXT ADS HERE

Iran Perkenal Peluru Berpandu Baharu

Sunday, August 24, 2014


TEHERAN – Iran memperkenalkan generasi baharu peluru berpandu marin jarak pendek dan beberapa pesawat kawalan jauh atau dron semalam.

Agensi berita rasmi IRNA melaporkan, peluru berpandu tersebut, Ghadir yang memiliki jarak 100 kilometer, direka untuk memusnahkan sasaran marin.

IRNA tidak melaporkan jarak satu lagi peluru berpandu buatan Iran, Nasr-e Basir tetapi menyatakan peluru 'beroperasi secara senyap'.

Persenjataan generasi baharu itu dirasmikan oleh Presiden Iran, Hassan Rouhani pada satu majlis di sini.

Dalam ucapannya yang disiarkan stesen televisyen Iran, Rouhani mengulas pendirian sebelum ini bahawa negara itu tidak merancang untuk membina senjata nuklear.

"Namun, kami juga tidak akan leka terhadap ancaman dan komplot musuh Iran," katanya.

Pada majlis itu, Iran turut memperkenalkan dua dron baharu iaitu Karrar-4 dan Mohajer-4.

Karrar-4 berupaya terbang pada altitud tinggi manakala dron kedua boleh digunakan untuk menghasilkan peta bagi tujuan awam atau ketenteraan. – Agensi

Roti Tisu 25 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts