LINK TEXT ADS HERE

Israel Guna Visual Mesir Label Sebagai Gaza

Saturday, August 16, 2014


TEL AVIV - Tentera Israel menggunakan visual bandar Beni Suef di Mesir dan kemudiannya melabelkannya sebagai bandar Gaza untuk satu program khas.

Laman web berita tempatan Walad El-Balad melaporkan, visual empat minit tersebar di Facebook itu dibuat oleh tentera Israel pada Julai lalu.

"Visual asalnya berjudul The Street's Anger in Beni Suef over Gaza's Shelling and its Hopes to Solve the Crisis disadur oleh tentera Israel dan kemudiannya ditukarkan kepada What Happens Behind Public Bui," menurut laporan itu.

Program khas dibuat oleh tentera Israel itu turut memuatkan temu ramah penduduk yang yang kononnya adalah penduduk Gaza.

Temu ramah itu kemudiannya diterjemahkan ke bahasa Hebrew bahawa penduduk Gaza menyelar kekejaman kumpulan Hamas dan Briged al-Qassam.

Memetik laporan Al Ahram, keseluruhan visual itu diberi kepada media Arab Avichay Adraee untuk disebarkan ke laman Facebook rasmi agensi berita berkenaan. - Sinar Harian

Salor Bedazled 17 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts