LINK TEXT ADS HERE

Kanada Sedia Sumbang 1,000 Dos Vaksin Ebola

Tuesday, August 12, 2014


WINNIPEG – Kanada akan menyumbang 800 hingga 1,000 dos vaksin Ebola yang dihasilkan di makmalnya kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) untuk kegunaan di Afrika.

Menteri Kesihatan Kanada, Rona Ambrose berkata keputusan untuk menyumbang vaksin itu dibuat selepas WHO memberi persetujuannya bagi ubat yang belum diuji diberikan kepada mereka yang dijangkiti virus berkenaan.

Wabak Ebola itu sehingga kini sudah mengakibatkan 1,013 orang maut di Afrika Barat.

"Kami komited untuk melakukan apa yang boleh bagi membantu rakan kami di peringkat antarabangsa, termasuk menawarkan kakitangan bagi membantu menangani wabak itu ataupun dari segi kewangan mahupun akses kepada vaksin yang sedang diuji," kata Ambrose dalam kenyataannya. – Reuters

Salor Bedazled 13 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts