LINK TEXT ADS HERE

Langgar Lari: Orang Ramai Dimohon Kesan Pemilik Kereta Ini

Thursday, August 14, 2014



Seorang pengguna Facebook, Amy Zuraidah telah memuatnaikkan satu status kejadian langgar lari di Simpang Paya Ikan menghala ke Balai Pilis Bukit Baur, Melaka.

Menurut Amy Zuraidah, kereta yang dipandu oleh seorang lelaki berbangsa Cina berusia dalam lingkungan 20 hingga 25 tahun telah keluar dari simpang secara melulu telah melanggar sebuah motosikal yang ditunggang oleh seorang remaja perempuan.

Namun, lelaki yang memandu kereta tersebut tidak berhenti lalu terus memandu walaupun mangsa meminta berbuat demikian.

Saksi kejadian, Amy meminta bantaun orang ramai bagi mengesan kereta yang berombor pendaftaran MCK3314 yang berjaya diambil setelah beliau sempat mengekori kenderaan tersebut untuk mendapatkan gambar kereta tersebut.


Menurut komen-komen pada status tersebut menunjukkan laporan polis telahpun dibuat dan mangsa telah dihantar ke hospital untuk pemeriksaan.



Siakap Keli 14 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts