LINK TEXT ADS HERE

Lari Pusing Pasar Kerana Ditetak Di Ipoh

Saturday, August 9, 2014


Ipoh – Pengunjung pasar Pasir Pinji, di sini, gempar apabila seorang lelaki ditetak sehingga parah oleh seorang penjenayah sebelum diselamatkan anggota polis yang melakukan rondaan cegah jenayah, semalam.

Dalam kejadian jam 10 pagi, mangsa berusia 42 tahun berlari di sekeliling pasar bagi mengelak terus ditetak suspek.

Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Sum Chang Keong berkata, tindakan pantas seorang anggota polis yang melakukan rondaan di kawasan terbabit berjaya menyelamatkan mangsa yang mengalami pendarahan teruk.

"Anggota polis memberi amaran supaya suspek meletakkan parang dan tindakannya berjaya menyelamatkan mangsa daripada terus ditetak.

"Suspek kemudian ditahan manakala parang terbabit dirampas untuk siasatan. Mangsa cedera parah di tangan kiri dan kaki kiri," katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian dibawa ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), di sini, untuk rawatan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati punca kejadian mungkin bermotifkan dendam akibat masalah hutang.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan," katanya. - myMetro Online

Siakap Keli 10 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts