LINK TEXT ADS HERE

Lelaki maut ketika diurut di pusat refleksologi

Sunday, August 10, 2014


MIRI - Seorang pelanggan lelaki meninggal dunia ketika sedang diurut di sebuah pusat refleksologi di sini, lewat malam tadi.

Ketua Polis Daerah Miri ACP Gan Tian Kee berkata dalam kejadian 12.01 malam itu, Yap Kien Bun, 39, berasal dari Perak dikatakan tidak sedarkan diri semasa badannya diurut di pusat berkenaan.

Katanya, usaha menyelamatkan mangsa dilakukan pekerja pusat berkenaan namun gagal sebelum menghubungi Hospital Miri.

"Pasukan perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

"Pemeriksaan mendapati tiada kecederaan atau kesan luka dikesan pada tubuh mangsa dan mayat dihantar ke Hospital Miri," katanya.

Polis mengklasifikasikan kes sebagai kematian mengejut. - Bernama

Siakap Keli 11 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts