LINK TEXT ADS HERE

Mat Sabu Dakwa PAS Tetap Bersama Pakatan Rakyat

Tuesday, August 12, 2014


BUTTERWORTH – PAS tetap bersama Pakatan Rakyat walaupun rakan sekutunya PKR kini berhadapan krisis menteri besar Selangor, kata Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu.

Sambil menegaskan bahawa PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno, beliau berkata komitmen PAS terhadap Pakatan Rakyat adalah wajib dan satu kemestian.

"PAS bersama Pakatan, kami tak boleh keluar Pakatan melainkan muktamar (memutuskan sebaliknya)…komitmen PAS bersama Pakatan, tak akan lari," katanya kepada pemberita ketika ditemui sebelum perbicaraan kes isu komunis Bukit Kepong di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Mohamad Sabu atau Mat Sabu berkata pendapat dan pandangan yang dikeluarkan oleh anggota PAS berhubung krisis menteri besar Selangor adalah pendapat peribadi mereka dan tidak mewakili parti.

Beliau berkata PAS akan mengadakan mesyuarat pada 17 Ogos ini untuk membincangkan isu nasional termasuk krisis menteri besar Selangor.

Ditanya mengenai sokongan Umno terhadap Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mohamad Sabu berkata: "Itu adalah tindakan biasa sebagai sebuah parti politik. Tindakan yang diambil Umno adalah wajar. Bagi saya itu adalah tindakan yang biasa…tiada yang pelik". – BERNAMA

Salor Bedazled 13 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts