LINK TEXT ADS HERE

MB Selangor Putuskan Tarikh Menghadap Sultan Isnin Ini

Saturday, August 23, 2014


KLANG – Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata beliau akan memutuskan tarikh untuk menghadap Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kedudukannya sebagai Menteri Besar pada Isnin ini.

"Saya akan maklumkan (Isnin ini) bila saya akan menghadap sultan dan selepas itu, akan diberi kenyataan media," katanya kepada pemberita selepas menghadiri makan malam anjuran alumni Sekolah Menengah Chung Hua di sini.

Ditanya kemungkinan beliau akan menghadap Sultan Selangor pada Isnin ini, Abdul Khalid berkata perkara itu belum tidak diketahui.

Kenyataan itu dibuat selepas hampir dua minggu beliau mengelak daripada bercakap kepada pihak media selepas dinasihat oleh sultan untuk tidak mengeluarkan sebarang kenyataan sehinggalah baginda pulang ke tanah air.

Beberapa percubaan pihak media untuk mendapatkan kenyataan atau komen daripada Abdul Khalid sebelum ini, gagal.

Laporan media menyebut Sultan Selangor dijangka memendekkan percutian baginda di luar negara dan akan kembali ke tanah air esok.

Perkara itu disahkan sumber dari istana.

Sebelum ini baginda dijadual pulang pada 27 Ogos. – BERNAMA

Siakap Keli 24 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts