LINK TEXT ADS HERE

MH370: Pegawai Bank, Suami Didakwa Curi Wang

Wednesday, August 20, 2014


KUALA LUMPUR – Seorang pegawai bank dan suaminya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas dakwaan melakukan pelbagai kesalahan antaranya mencuri, memindahkan, menggunakan dokumen palsu dan menggunakan kad bank milik empat penumpang pesawat MH370 membabitkan wang berjumlah RM110,643.

Nur Shila Kanan dan suaminya, Basheer Ahmad Maula Sahul Hameed, mengaku tidak bersalah dan memohon dibicarakan terhadap semua pertuduhan.

Nur Shila didakwa dengan 12 pertuduhan manakala Basheer menghadapi tiga pertuduhan.

Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan kedua-dua tertuduh masing-masing dijamin RM12,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan pasport milik mereka diserahkan kepada mahkamah.

Pihak pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Fadhli Mahmud dan Muhd Ilmami Ahmad, manakala tertuduh diwakili peguam Abdul Hakeem Aiman Mohd.

Mahkamah menetapkan 25 Ogos ini bagi sebutan kes. – BH online

Siakap Keli 20 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts