Manchester United secara rasminya telah mengharamkan peminat daripada membawa iPads dan peranti elektronik yang sama ke Old Trafford dari musim ini dan seterusnya.
Manchester Evening News melaporkan bahawa e-mel telah dihantar kepada peminat memaklumkan perubahan peraturan di dalam stadium. Peraturan baru berkenaan berkuatkuasa serta merta dan akan meliputi perlawanan persahabatan menentang Valencia selasa ini.
E-mel itu berkata kepada peminat, "Kami ingin anda sedia maklum kemas kini peraturan terbaru kelab di laman sendiri"
Ia kemudian menjelaskan, "Penyokong tidak boleh membawa alat-alat elektronik yang besar (lebih besar daripada 150mmx100mm) di dalam stadium. Sebagai contoh, iPads atau peranti tablet lain dan komputer riba. " - SiakapKeli.com
Salor Bedazled 13 Aug, 2014
ADS BELOW POST HERE
Share :

No comments:
Post a Comment