LINK TEXT ADS HERE

Perodua Sasar Jual Kira-Kira 30,000 Unit Axia Tahun Ini

Tuesday, August 19, 2014


KUALA LUMPUR – Perodua menyasar untuk menjual kira-kira 30,000 unit kenderaan cekap tenaganya (EEV), Perodua Axia, tahun ini.

Sasaran berkenaan berdasarkan pakej berbaloi dengan harga yang ditawarkan.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Aminar Rashid Salleh berkata  Perodua Axia juga merupakan penanda aras baharu syarikat dari segi peningkatan kualiti, versatiliti dan pengalaman pemilikan yang lebih baik.

"Kami yakin Perodua Axia kompetitif di peringkat serantau dan itulah sebabnya perkataan 'Asia', telah dimasukkan ke dalam nama. Di samping itu, kenderaan ini, mewakili standard baharu bagi kami.

"Standard ini juga boleh dikategorikan mengikut empat perkara penting, iaitu, mesra alam, sangat luas bagi kenderaan kompak, pemanduan mudah dan ekonomi dari segi kos keseluruhan pemilikan," katanya kepada pemberita pada program pandu uji model baharu itu di sini hari ini.

Tempahan untuk Axia dibuka pada Jumaat lepas di 180 bilik pameran jualan Perodua di seluruh negara. Setakat ini, jumlah tempahan melebihi 3,500.

Aminar berkata pelancaran rasmi model berkenaan dijangka pada bulan depan.

Axia juga merupakan kereta Perodua yang paling efisen bahan api kerana  berpotensi melalui perjalanan sehingga 21.6 kilometer seliter.

Kereta dengan enjin satu liter itu didatangkan dalam empat varian Standard E, Standard G, Edisi Khas dan Advance, dengan jaminan lima tahun, yang  yang pertama bagi Perodua.

Perodua Axia berharga antara RM24,900 dan RM45,300 di Semenanjung Malaysia. – BERNAMA

Salor Bedazled 19 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts