LINK TEXT ADS HERE

PSG Pintas United

Wednesday, August 20, 2014


PARIS Saint-Germain (PSG) dilaporkan sedang memintas Manchester United untuk mendapatkan pemain tengah Real Madrid, Angel Di Maria.

Khabar angin itu dikuatkan dengan kenyataan pengendali Real, Carlo Ancelotti bahawa Di Maria akan lebih bernasib baik jika berada di Perancis.

United kini berada dalam tekanan untuk mendapatkan pemain baharu ketika tempoh pemindahan semakin suntuk.

Ketua Eksekutif United, Ed Woodward sebelum ini berkata, kelab itu mempunyai kuasa kewangan untuk membeli sesiapa sahaja yang mereka mahukan.

Bagaimanapun, perbelanjaan sebanyak £100 juta (RM526 juta) yang perlu dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun untuk Di Maria dianggap terlalu mahal.

Dalam pada itu, akhbar sukan Sepanyol melaporkan Di Maria kini berada di 'pintu keluar' untuk meninggalkan Madrid. - Sinar Harian

Salor Bedazled 21 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts