LINK TEXT ADS HERE

Rumah YB disimbah cat

Sunday, August 17, 2014


KUALA LANGAT – Rumah Ahli Parlimen Kuala Langat, Abdullah Sani Abdul Hamid, di Bandar Sungai Mas, di sini, disimbah cat.

Menurutnya, kejadian jam 10.28 malam kelmarin itu disedari anak kelimanya.

"Ketika itu saya menghadiri majlis rumah terbuka di Permatang Pasir. Saya bergegas pulang selepas dihubungi anak," katanya, semalam.

Beliau berkata, sebaik sampai di rumah, beliau mendapati terdapat dua tompokan cat berwarna merah.

"Laporan polis sudah dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat," katanya.

Setakat ini beliau tidak menerima apa-apa ugutan.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azman Abdul Razak, ketika dihubungi berkata, polis sedang menyiasat untuk mengetahui punca kejadian itu dan sedang menjejak mereka yang melakukannya.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan khianat," katanya. ─ Sinar Harian Online

Siakap Keli 18 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts