LINK TEXT ADS HERE

Runtuh: Mayat Pekerja MRT Warga Bangladesh Ditemui

Monday, August 18, 2014


PETALING JAYA – Mayat seorang pekerja warga Bangladesh yang terperangkap dalam runtuhan konkrit landasan projek Mass Rapid Transit (MRT) di Kota Damansara, ditemui pihak Bomba dan Penyelamat Selangor awal hari ini.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Mohd Sani Harul berkata mayat Mohammad Elahi Hossain, 27, ditemui pada pukul 2.30 pagi.

"Operasi mencari dan menyelamat dua lagi pekerja yang terperangkap masih dijalankan," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.

Tiga pekerja binaan lelaki warga Bangladesh dikhuatiri maut selepas dihempap landasan konkrit seberat 490 tan di tapak projek MRT berhampiran Institut Penyelidikan Getah Malaysia di Kota Damansara pada 8.30 malam tadi.

Mass Rapid Transit Corporation Sdn Bhd dalam satu kenyataan berkata pekerja terbabit ialah Mohamad Faruk Khan, Mohammad Elahi Hossain dan Mohammad Alauddin Mollik. – BERNAMA

Siakap Keli 19 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts