Tak kami sangka ada juga manusia yang sanggup mempermain-mainkan perasaan wanita dengan menawarkan mereka untuk menjadi model tetapi nyata harapan itu hanya palsu.
Apa yang mereka mahu hanyalah gambar wanita tersebut dalam pose-pose tertentu mungkin untuk dijadikan sebarana di internet.
Mereka juga menggunakan ayat-ayat manis bagi membuatkan mangsa merasa tidak bersalah untuk menggayakan pose-pose yang mengghirahkan.
Setelah disiasat, ternyata 'jurufoto' tersebut menggunakan nama dan gambar profil palsu. Penipu itu menggunakan gambar 'dia' bersama dengan Siti Nurhaliza untuk menarik mangsa mempercayai yang dia adalah jurufoto professional, sedangkan pemilik asal gambar tersebut kini menggunakan imej profil lain.
Kepada gadis yang ada memasang hajat untuk menjadi model, berhati-hatilah dengan usaha mereka yang dayus ini - SiakapKeli.com
Roti Tisu 21 Aug, 2014
ADS BELOW POST HERE
Share :




No comments:
Post a Comment