LINK TEXT ADS HERE

Tufts, 5, Kalah Pertahan Jawatan Datuk Bandar

Monday, August 11, 2014


Dorset (Amerika Syarikat) – Robert 'Bobby' Tufts kelmarin kalah dalam usaha mempertahankan jawatan datuk bandar buat kali ketiga di bandar kecil di utara Mnnesota ini.

Bagaimanapun, kanak-kanak berusia lima tahun itu langsung tidak kecewa.

Selepas membantu memungut wang untuk badan kebajikan tempatan dan mengisytiharkan aiskrim sebagai makanan utama di bandar itu, Tufts berkata, sudah tiba masanya untuk meneruskan kehidupannya seperti biasa.

"Ia memang menyeronokkan tetapi sudah tiba untuk menyerahkan jawatan itu kepada yang menang," kata Tufts sehari selepas dia kalah dalam pilihan raya tahunan di Dorset.

Tufts menjadi datuk bandar di bandar kecil itu yang penduduknya berjumlah 28 orang memandangkan Dorset tidak mempunyai kerajaan tempatan rasmi.

Orang ramai boleh mengundi beberapa kali yang mereka kehendaki dengan bayaran AS$1 (RM3.20) bagi setiap undi.

Datuk bandar baru ialah Eric Mueller yang berusia 16 tahun. – Agensi

Siakap Keli 12 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts