LINK TEXT ADS HERE

Video : Pemandu BMW Hempas Helmet Ke Atas Jalan

Sunday, August 10, 2014


Sungguh biadab dan sombong. Itulah yang boleh dikatakan kepada pemandu kereta BMW yang bertindak menghempas dan juga menendang topi keledar milik seorang penunggang motosikal. Kejadian berlaku di  Pan Island Expressway, Singapura.

STOMP.com melaporkan , saksi yang dikenali sebagai Lee menyatakan kejadian itu berlaku apabila motosikal yang terlibat terkena kereta terbabit dan mencalarkan kereta itu.

Pergaduhan tercetus apabila pemandu BMW itu mencampakkan topi keledar penunggang motosikal itu ke atas jalan raya.

Bagaimanapun, penunggang motosikal itu tidak membalas sebarang tindakan kasar pemandu berkenaan. Dia sebaliknya dilihat tenang menghadap cercaan lelaki itu.


Mungkin lelaki ini perlu dipertemukan dengan Kiki. Sorang baling helmet, sorang lagi pukul pakai stering lock. - SiakapKeli.com

Salor Bedazled 11 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts