LINK TEXT ADS HERE

Visa Percuma 3 Bulan Kepada Pelancong China

Sunday, August 24, 2014


Kuala Kangsar: Jawatankuasa Kabinet Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan sudah membincangkan tawaran untuk memberikan kelulusan visa percuma selama tiga bulan kepada pelancong dari China dalam usaha menarik kedatangan mereka susulan kejadian kehilangan pesawat penerbangan MH370.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Mirza Mohammad Taiyab berkata, tawaran itu dibincangkan berikutan kebimbangan penurunan jumlah pelancong dari negara itu berikutan insiden terbabit dan penawaran itu dijangka mampu menarik pelancong dari China, sekali gus menjadi penyumbang kepada sektor ekonomi negara.

Menurutnya, walaupun insiden membabitkan penerbangan MAS itu dijangka memberikan impak kepada sektor pelancongan dari segi kedatangan pelancong dari China, ia kembali pulih selepas lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke negara itu, Mei lalu.

Katanya, berdasarkan statistik jumlah pelancong dari negara China yang direkodkan kementerian sehingga Mei lalu mencatatkan jumlah peratusan pelancong sebanyak 10.1 peratus, sekali gus mencapai sasaran ditetapkan kementerian.

"Kementerian menetapkan sasaran 9.9 peratus melalui rekod jumlah kedatangan pelancong dari China ialah 10.1 peratus," katanya. - myMetro

Roti Tisu 25 Aug, 2014


ADS BELOW POST HERE


Share :



No comments:

Post a Comment

 

Like Our Facebook

Popular Posts