Keputusan Perlawanan Akhir Liga Super Malaysia 2014 menyaksikan pasukan JDT menjadi juara baru Liga Super Malaysia 2014 dengan menewaskan Sarawak dengan jaringan satu berbalas kosong.
Rentetan daripada itu, Johor mengumumkan esok sebagai cuti umum susulan kejayaan pasukan Johor Darul Takzim (JDT) memenangi Liga Super.
Pengumuman itu dibuat oleh Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Ismail Karim, di Dataran Bandaraya selepas menyaksikan perlawanan secara langsung JDT menentang Sarawak yang berkesudahan pasukan itu menang 1-0.
Ismail berkata, langkah mengumumkan cuti itu mendapat perkenan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar, yang bertitah supaya cuti diberikan susulan kemenangan itu.
"Ini satu kejayaan selepas 24 tahun Johor tidak memenangi sebarang piala. Ini juga penghargaan kerajaan negeri kepada rakyat Johor," katanya.
Keputusan Perlawanan Akhir Liga Super Malaysia 2014
Berikut ialah keputusan perlawanan akhir Liga Super di beberapa venue malam ini:
LIGA SUPER:
Sarawak 0 Johor Darul Ta'zim 1
PKNS FC 2 Selangor 2
Perak 3 Pahang 0
ATM 1 Sime Darby FC 1
Kelantan 2 Terengganu 3
T-Team 0 Lions XII 1
ADS BELOW POST HERE
Share :


No comments:
Post a Comment