Messi Cemerlang Bantu Argentina Ke Peringkat Kalah Mati apabila menjaringkan dua gol dalam pertembungan dengan pasukan Nigeria malam semalam.
Meskipun tewas, Nigeria turut mara selaku naib johan kumpulan selepas Iran tumbang 1-3 kepada Bosnia-Herzegovina dalam satu lagi perlawanan di Salvador.
Nigeria memulakan perlawanan selaku satu-satunya pasukan yang belum dibolosi dan berdepan dengan ancaman jentera serangan Argentina yang diketuai Messi, Sergio Aguero dan Gonzalo Higuain.
Messi memulakan pesta jaringan dengan gol pertama seawal minit ke-3 dengan merembat masuk bola muntah selepas percubaan Angel Di Maria diselamatkan penjaga gol Nigeria, Vincent Enyeama.
Seminit selepas itu, Nigeria melakukan serangan balas dan menyamakan kedudukan menerusi penyudah cantik Ahmed Musa yang menewaskan Sergio Romero.
Argentina kembali di hadapan lewat masa pertama apabila sepakan percuma Messi menerjah gawang.
Masuk babak kedua, Musa sekali lagi menghukum kelalaian pertahanan Argentina apabila menyamakan kedudukan pada minit ke-47.
Belum puas penyokong Nigeria meraikan jaringan itu, Marcos Rojo pula menewaskan Enyeama dari jarak dekat untuk meletakkan Argentina kembali di hadapan pada minit ke-50.
Kedudukan akhir kumpulan F, Argentina dengan sembilan mata, Nigeria di tempat kedua dengan enam mata, manakala Bosnia-Herzegovina (tiga) dan Iran (satu) tersingkir.
Barisan Pemain dan Pengadil Perlawanan
NIGERIA: Vincent Enyeama; Efe Ambrose, Joseph Yobo, Juwon Oshaniwa, Kenneth Omeruo; Ogenyi Onazi, John Obi Mikel; Ahmed Musa, Michael Babatunde (Okechukwu Uchebo, 66'), Peter Odemwingie (Uche Nwofor, 80'), Emmanuel Emenike.
ARGENTINA: Sergio Romero; Pablo Zabaleta, Federico Fernandez, Ezequiel Garay, Marcos Rojo; Fernando Gago, Javier Mascherano, Angel Di Maria; Gonzalo Higuain (Lucas Biglia, 90'), Lionel Messi (Ricardo Alvarez, 63'), Sergio Aguero (Ezequiel Lavezzi, 38').
PENGADIL: Nicola Rizzoli (ITA)
ADS BELOW POST HERE
Share :

No comments:
Post a Comment